KENALI SYAKIRUL AIN
SYAKIRUL AIN
WEB DESIGNER
Sedikit Sebanyak Mengenai Diri Saya
Sejak saya berumur 18 tahun, saya sudah berazam ingin menjadi jutawan dalam bidang perniagaan oleh kerana saya suka melihat kehidupan jutawan-jutawan di luar sana yang memiliki rumah besar, kereta mewah dan sering melancong ke luar negara.
Ketika sambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), saya sudah mula mengejar cita-cita ingin menjadi jutawan dengan memulakan perniagaan pertama saya iaitu dropship produk pakaian. Akan tetapi perniagaan tersebut gagal oleh kerana saya tidak lakukan perniagaan itu dengan bersungguh-sungguh dan berniaga ikut mood sahaja dan akhirnya saya putus asa dengan perniagaan tersebut,
Selepas tamat belajar, saya telah memulakan perniagaan bakery iaitu menjual kek dan nasib tidak berbau, perniagaan saya akhirnya gagal buat kali yang kedua oleh kerana saya seorang sahaja yang menjalan perniagaan tersebut dan terpaksa membuat banyak kerja dalam satu masa. Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan bukanlah perniagaan yang saya minat, tapi hanyalah ikut kata orang sahaja.

Selepas menghadapi 2 kegagalan perniagaan, akhirnya saya sedar yang sebenarnya ilmu perniagaan saya tak cukup untuk menjadi usahawan yang berjaya. Sejak dari itu, saya terus mencari ilmu perniagaan sehingga saya sedar bahawa untuk memulakan perniagaan, saya mestilah mempunyai minat dalam bidang tersebut untuk berjaya. Ketika itu, saya tidak tahu apakah minat saya namun selepas berfikir panjang, sebenarnya minat saya ialah bidang perniagaan. Oleh itu, saya meneruskan belajar tentang perniagaan dari cara memulakan perniagaan dengan betul hinggalah cara bagaimana mengembangkan perniagaan.
Langkah pertama untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan mempunyai laman web. Oleh itu, saya menghabiskan 3 bulan hanya untuk belajar cara membina laman web dan juga tentang design grafik. Pada masa itulah saya sedar bahawa ramai usahawan muda tidak mempunyai laman web untuk perniagaan mereka.
Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk bantu usahawan muda untuk tingkatkan brand mereka dengan mempunyai laman web. Impian saya ialah untuk memastikan usahawan muda seperti saya dapat memulakan perniagaan dengan langkah dan cara yang betul iaitu mula dengan mempunyai laman web perniagaan. Saya sangat berharap bahawa usahawan muda di luar sana tidak melakukan kesilapan sepertimana saya lakukan suatu masa dulu.